15 February 2016

5 Artis | selebriti | Meninggal Serangan Jantung (Malaysia)

5 Artis dan selebriti Malaysia meninggal akibat serangan jantung. Ini hanya himpunan sebahagian kecil artis dan selebriti Malaysia yang kita kenal telah kembali ke rahmahtullah akibat serangan jantung.

Bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, tetapi entri ini sekadar mengajak pembaca berfikir tentang bahaya serangan jantung yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.




1. Yus Jambu

Yus Jambu atau nama sebenar Yussry Edoo meninggal dunia pada 30 november 2015, akibat serangan jantungdan sesak nafas di Hospital Selayang.

sebelum itu arwah baru sahaja selesai mengadakan satu pertunjukkan pentas dalam pertandingan Juara Parodi di Astro.



2. Datuk Hasbullah Awang

Pengulas sukan  negara, Datuk Hasbullah Awang, 63. dilaporkan meninggal dunia pada usia 63 tahun di Institut Jantung Negara dipercayai akibat komplikasi jantung.

Beliau yang betugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014, menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di fasiliti perubatan tesebut



3. Yalal Chin

Pelakon Yalal Chin atau Yalal Abu Achin meninggal akibat serangan jantung di Coronary Care Unit (CCU), PPUKM.




4. Faizal Yusof

Faizal Yusof adalah seorang pelakon muda yang berbakat yang juga bekas suami kepada penyanyi Nana telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Pemergian beliau telah disaksikan oleh ahli-ahli keluarga dan sahabat terdekat.



5. Hani Mohsin

Hani Mohsin adalah seorang pelakon berbakat yang pernah mendirikan rumahtangga bersama aktres dan produser Tiara Jacquelina dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hani Karmila. Namun mereka bercerai setelah 5 tahun bersama. Ketika beliau menunggu penerbangan di Terminal Tambang Murah (KLIA) ke Pulau Langkawi untuk melancong bersama anaknya, beliau jatuh pengsan dan disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.


Al-fatihah untuk mereka semua

Jagalah jantung kita dengan sebaiknya kerana ia adalah organ terpenting yang dikurniakan kepada kita untuk meneruskan kehidupan

No comments:

Post a Comment